Monday 9 September 2019

Tuesday 29 January 2019

LARIAN JeSSTON 2019

Pada khamis 24 januari 2019, sm sains jeli telah berjaya mengadakan jesston buat kali ke-6 bagi sesi 2019.  Jesston ini diadakan bertujuan untuk mencari bakat pelajar dalam bidang sukan untuk pemilihan ke peringkat seterusnya, iaitu peringkat daerah. objektif utama Jesston ini diadakan juga tidak lain dan tidak bukan untuk menyihatkan tubuh badan para pelajar .

Thursday 15 March 2018

SM Sains Jeli kekal rekod lulus 100 peratus

SM Sains Jeli kekal rekod lulus 100 peratus

KEPUTUSAN SPM 2017

15 MAC 2018 - JeSS terus melakar kecemerlangan dalam pencapaian SPM 2017 dengan mencatatkan 100% lulus dan GPS 2.24 meningkat berbanding pada tahun lepas yang diumumkan oleh En.Bahari bin Daud semasa pengumuman keputusan SPM di Dewan wawasan JeSS. Seramai 10 orang pelajar mendapat straight's A manakala 8A 9 orang pelajar dan 13 orang pelajar mendapat 7A. Apa yang membanggakan JeSS adalah antara sekolah yang terbaik dinegeri Kelantan dan satu-satunya sekolah yang mencatatkan 100% lulus dinegeri ini.Tahniah kepada semua pelajar yang berusaha dengan gigih tanpa jemu, buat guru-guru JeSS yang tidak pernah kenal erti lelah mendidik memberi ilmu pada anak-anak JeSS, tahniah juga buat ibubapa yang sentiasa memberi galakan dan nasihat, membantu pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak mahupun sekolah.